Friday, April 20, 2007

Koleksi Gambar

Anugerah Sri Angkasa 2005

Babak dari Telemovie Anak Penarik Beca

Babak dari Telemovie Anak Penarik Beca

Wan Hanafi Su

Wan Hanafi Su

Menerusi drama Anak Penarik Beca, beliau telah berjaya memenangai anugarah Pelakon Lelaki terbaik di dalam Anugerah Seri Angkasa 2005 yang di adakan pada tahun 2006.



Lakonan beliau yang bersahaja telah membuka mata ramai peminat drama Melayu untuk mengakui kehebatan beliau sebagai pelakon berbakat besar.










Cara penjiwaan watak beliau serta tonasi yang mampat telah berjaya melahirkan satu lakonan yang sungguh berkesan.

Thursday, March 8, 2007

Martias Mohd Ali

Martias Mohd Ali dilahirkan pada 1968 dan telah bergiat di dalam bidang penulisan skrip drama TV dan filem semenjak 1990. Pernah memegang jawatan sebagai Senoir Writer di Astro Ria. Beliau juga merupakan salah seorang dari panel skrip penilai FINAS.
Di antara judul drama pernah mendapat tempat di hati peminat adalah seperti drama Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan, Zaharul VS Zarina, Drama bersiri Idris Beca, Sitkom Suasana, Air Mata Papa, Aidilfitri Dibulan Syaban, Manaf Astro, Nek Nak, Fobia, Merdeka Ajit Merdeka Ajis, Merahnya Biru, Buku Lama Diari Baru dan banyak lagi.
Dramanya yang berjudul Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan juga berjaya memenangi Anugerah drama Terbaik Anugerah Seri Angkasa dan juga calon finalist di anugerah Skrin TV3.
Beliau juga pernah terpilih mewakili Malaysia di dalam Screenwriting Expo 5 bertempat di Hollywood Los Angeles CA pada 18hb -24hb Oct 2006.