Thursday, February 3, 2011

BENGKEL PENULISAN SKRIP oleh MARTIAS ALI



Sudah lama saya tak buat kursus penulisan skrip. Insyaallah kalau tak ada aral melintang, saya sekali lagi akan menganjurkan satu bengkel intensif penulisan skrip dan ia terbuka kepada mereka-mereka yang mahu belajar cara untuk menghasilkan skrip yang bagi terbitan produksi TV dan kalau cukup hebat, insyaallah boleh diangkat menjadi sebuah filem.



Saya mahu melihat muka-muka baru dengan idea-idea yang baru. Kalau sambutan menggalakkan, mungkin saya akan membuat satu jelajah kursus intensif penulisan skrip.


Kalau ada yang nak belajar secara persendirian, boleh juga. Bagi yang berminat boleh le mendaftar nama anda dengen klik di sini.

Friday, January 21, 2011

Dana Belia boleh buat filem

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta. Wow apa lagi para belia. Siapkan proposal, skrip dan sebagainya....



Maaf kualiti audio kurang memuaskan.

Sesiapa yang rapat dengan KJ boleh le mencuba sebab KJ incharge. So dalam pembikinan filem sudah ada 3 dana. Dana filem kenegaraan melalui FINAS, dana MDC (khas untuk pembangunan kesan khas CGI) dan kini dana belia.

Baguslah sebab kebelakangan ini filem tempatan mulai mendapat perhatian dari pencinta filem tanahair. Nampak gaya David Teo akan bersaing dengan anak-anak muda yang agrasif dan kreatif.

Harapa aku supaya dana ini digunakan sebaiknya dan TOLONGLAH jangan gunakan kable politik untuk berkarya.

Bercerita fasal filem, aku rasa tahun ini aku akan keluar dengan filem sulung aku..... TUNGGU.
Yang frustnya, aku bukannya dalam ketagori belia... aduh.. melepas nak apply.

Selamat berkarya para belia dan beliawanis.

Tuesday, January 18, 2011

Mampukah ANAK menakluk festival dunia


Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang sebuah filem pendek berjudul ANAK. Filem pendek ini telah mendapat kelulusan dana penerbitan dari FINAS melalui seorang pengarah CGI En Amru Najmi. Tercabar dengan sindiran dari wakil penganjur festival filem pendek dari negara matahari terbit yang mengatakan bahawa filem pendek kita amat jauh ketinggalan maka aku megesyurkan supaya Amru membuat sesuatu. Akhirnya kami mendapat satu ilham untuk menjadikan isu pemanasan global sebagai plot utama penceritaan.

2 Pelakon dari Amarika, 1 dari Hungry, 1 dari Afganistan 1 dari Iran dan 2 dari Nigeria turutmemberi sumbangan dalam ANAK

Bukan mudah untuk mendapatkan plot yang amat asing untuk masyarakat kita prktiskan. Dalam tempoh tidak sampai 1 bukan, ANAK harus sampai ke meja penganjur festival. Logikanya memang mustahil. Penglibatan kesan khas CGI merangkumi hampir 50% jalan cerita. Amru terpaksa lepas tangan kepada seorang pengarah kerana dia harus mengendalikan kerja CGI sepenuh perhatian. Aku terlibat sepenuhnya di dalam memastikan skrip ANAK betul-betul berkesan dan kerana itu arahan diberikan oleh FINAS untuk aku memimpin Amru Najmi dalam penerbitan ANAK.

Jalan terbaik, aku menawarkan diri sebagai pengarah TANPA sebarang bayaran. Bukan itu sahaja, aku juga tidak meletak sebarang bayaran untuk skrip yang aku garap semula. Aku buat demi maruah seluruh raykat Malaysia yang mahukan sebuah filem pendek yang mampu menjadi kebanggan semua.
DOP Mohd Noh Kassim (Matnor Kudung) yang juga DOP untuk filem Magika dan Merong Mahawangsa

Beberapa nama besar ditawar untuk menerajui ANAK. Kecewa aku. Kecewa sebab soalan pertama mereka, berapa budget? Bila disebut sahaja budget, mereka sepi tanpa berita. Ahkirnya aku bertemu Kat Hassan seorang peserta rancangan Mentor terbitan TV3. Setelah berbincang dan menceritakan hasrat ANAK, akhirnya dia bersetuju. Ternyata kehadiran Kat Hassan tidak sia-sia dan dia memberi lebih dari apa yang aku harapkan.

Kat Hassan @ Kat Mentor

Aku beri tahu Amru yang aku perlukan 300 orang extra. Dia tepuk dahi. Realitinya dana yang di perolehi tidak mampu memenuhi pemintaan aku. Facebook merupakan medium yang terbaik untuk aku mendapatkan extra. Hampir100 orang datang untuk ujibakat. Aku pilih semua sebab aku anggap mereka semua ikhlas.

Namun setelah mengetahui ini merupakan sebuah filem pendek, ramai yang menarik diri. Mereka beranggapan filem pendek tidak ada kelas seperti drama dan filem cereka. Aku kecewa dengan mereka semua. dalam 100 orang aku rasa kurang 20% yang hadir untuk pengambaran.

Babak CGI dalam ANAK

Botak, seorang pengurus produksi menggaru kepala. Aku mahu extra yang ramai juga tetapi dengan budget yang sedikit. Aku mahukan Redcam. Aku mahukan Steadycam. Aku mahukan kren. Dalam masa yang sama kos CGI juga menyamai jumlah dana yang diterima.

Amru Najmi Othman juga mempunyai syarikatnya sendiri iaitu Two Tones Sdn Bhd. Setelah dia memikir panjang, dia menghantar bill CGI itu ke syarikatnya sendiri. Tapi aku meyakinkan Amru bahawa ini merupakan satu pelaburan yang akan membawa semua yang terlibat ke persada dunia. Itu janji aku.


Anatara barisan pelakon yang terlibat dalam ANAK

Sehingga kehari ini selepas 1 bulan ANAK siap sepenuhnya, Anak telah berjaya masuk ke peringakt akhir beberapa festival filem di seluruh dunia. Aku mendapat e-mail dari Festival De' Cannes yang anak di dalam senarai pemilihan akhir.

Impian dan janji aku pada semua yang terlibat, aku akan bawa anak ke Academy Award pada tahun hadapan. Kepada yang terlibat dalam penerbitan ANAk aku ucapkan terima kasih dan insyaallah habuannya akan datang tidak lama lagi.

25hb Jan. 2011, ANAK akan bertanding di dalam PROFIMA Award dan pada 26hb Jan. Aku akan ke India membawa ANAK yang terpilih di antara 5 calon akhir bagi merebut anugerah di SCRIPT INTERNATIONAL SHORT FILM AWARD.

Sehingga kini ANAK akanmenyertai 17 pertandingan filem pendek di serata dunia. Doakan.




Festival yang ANAK sertai.
  1. Script International Shortfilm festival Kerala India
  2. Profima Award Malaysia
  3. Festival De Cannes France
  4. Short Shorts Asia Film Festival Tokyo Japan
  5. Mecal short Film festival Of Barcilona Spain
  6. Festival International Trains, M̩tro Et Cin̩ma РParis Fr ance
  7. Cineposible International Film Festival – Almendralejo Spain
  8. Manlleu Short Film Festival – Manlleu Spain
  9. Green Film Festival in Seoul (GFFIS) Korea
  10. International Short Film Festival Detmold 2011 Germany
  11. VIS Vienna Independent Shorts 2011. Austria
  12. MUNICH INTERNATIONAL short film festival Germany
  13. DokuFest-Int.Documentary and Short Film Festival. Kosovo
  14. 9th Festival Signes de Nuit 2011. France
  15. MuVi-Preis für das beste deutsche Musikvideo Germany
  16. CrankCookieKurzfilmtage Germany
  17. 27th Hamburg International Short Film Festival Germany

Kesan Khas CGI oleh Amru Najmi dan Two Tones Sdn Bhd


Gambaran masa akan datang dalam ANAK.


Makmal ANAK


Pokok besar yang sebenarnya CGI


Duplikasi orang dan background CGI


Makmal ANAK


Apakah Itu Skrip

Menurut Kamus Dewan Bahasa
Skrip merupakan cerita dan lain-lain yang bertulis (bertaip dsb).
Filem skrip pula disediakan untuk sesebuah filem, termasuk arahan kerja kamera dan sebagainya termasuk lakon layar.

Penskripan

(proses) penulisan skrip

Interpretasi Peribadi
Saya berpendapat skrip merupakan satu karangan yang bertujuan untuk disampaikan kepada pihak ketiga. Tidak kira samada skrip itu berbentuk ucapan, syarahan, kata-kata aluan mahupun pementasan tampak mahupun layar. Sesebuah skrip itu perlu bersifat tampak, boleh dilihat, boleh dibaca dan boleh difahami dengan jelas.

Cetusan Pertama

CERITA
Cerita ataupun stori merupakan tonggak utama di dalam menyediakan sesebuah skrip drama TV mahupun filem. Setiap cerita perlu mengandungi kekuatannya yang tersendiri. Tak mengira genra ataupun mood cerita yang seharusnya di tekankan adalah perkembangan cerita itu. Bagaimana ia bermula, berkembang dan bangaimana pula ia berakhir.

Bebertapa perkara utama perlu diambil perhatian seperti di bawah:
1. Siapa yang membawa cerita atau dari kaca mata siapa
2. Untuk siapa cerita itu ditujukan
3. Bagaimana cerita itu mencetus plot dan seterusnya mengangkat plot
4. Lingkunagn durasi kejadian cerita
5. Suasana persekitan cerita -lokasi atau zaman
6. Siapa kah watak utama atau protoganist
7. Siapa kah pula watak-watak antagonist
8. Apakah pertalian di antara protagonist dan antagonist
9. Berapa kuat inciting incident atau punca tercetusnya konflik
10. Apakah kesudahan atau resulusi dan kesan kepada penonton.

Jika kita telah mengenal pasti kesemuanya maka mudahlah kita untuk menyiapkan sebuah SINOPSIS yang bermutu dan menarik.

Contoh Sinopsis

Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan
Nama Penulis : Martias Mohd Ali
Produksi : World Evolution Brain Sdn Bhd
Stesen Penyiar : Astro Ria



Dalam usia Suhaila menjangkau umur 43 tahun, ia di kelilingi oleh teman-tamannya yang juga merupakan warga pelacur di sebuah rumah tumpangan di kota Kuala Lumpur. Dalam keadaan nazak akibat menderita kerana Aids serta hukuman ke atas dirinya sendiri ia menceritakan sebuah kisah suka duka dirinya kepada Julia, seorang wartawan sebuah majalah tabloid.

Penceritaannya bermula kira-kira 27 tahun yang lampau di kala ia berusia 16 tahun dan merupakan seorang gadis kampung yang serba kekurangan tetapi mempunyai rupa paras yang sungguh jelita. Perkenalannya dengan Aidil seorang pemuda kacak telah membawa mereka ke alam percintaan. Bagi Aidil ia hanya mahu menjadi orang pertama menjamah tubuh Suhaila dan dengan pujuk rayu serta janji-janji manisnya, Suhaila menjadi mangsanya.

Tiga bulan berlalu. Suhaila kini berbadan dua. Pak Sulaiman dan Mak Uda menyedari akan keganjilan yang dialami oleh anak gadis mereka lantas memaksa Suhaila menceritakan rahsia yang tersembunyi. Kerana desakan, akhirnya Suhaila mengaku telah membuat hubungan sulit dengan Aidil. Pak Suliman menjadi berang lantas mencari Aidil. Aidil di belasah dan di paksa menikahi Suhaila. Dalam keadaan terpaksa mereka dinikahkan.

Kerana malu kepada penduduk kampung, Pak Sulaiman membuat jalan singkat menghalau mereka keluar dari situ. Aidil lantas membawa Suhaila ke bandar Kuala Lumpur. Selang beberapa bulan, Suhaila melahirkan Hanifah. Aidil masih seperti dahulu, hidup berfoya-foya dengan wanita-wanita yang tunduk kepadanya. Makan dan minum anak bini tidak di hiraukan. Dalam masa yang sama Suhaila mengandung lagi anak yang kedua.

Tanpa pelajaran dan terpaksa menyara anak kecil menyulitkan kehidupan Suhaila. Nafkah zahir tidak di tunaikan oleh Aidil malahan Aidil semakin kerap tidak pulang ke rumah. Sewa rumah sudah hampir 8 bulan tidak di bayar dan ia sering kali di marahi oleh Ah Seng, seorang tauke yang mempunyai beberapa rumah sewa di sekitar Kuala Lumpur. Namun itu bukannya pendapatan utama Ah Seng. Ah Seng menikmati kekayaannya dari menjajakan gadis-gadis menjadi pelacur.

Secara kebetulan pada suatu hari Ah Seng datang ke rumah untuk menuntut duit sewa. Aidil baru saja pulang. Aidil di gertak oleh Ah Seng , namun Aidil tetap menyatakan bahawa ia tidak mempunyai duit. Ah Seng memberi cadangan supaya Suhaila diperniagakan bagi menebus hutang piutangnya. Tanpa berfikir panjang, Aidil setuju.

Pada malam itu juga seorang pelanggan datang. Aidil mempelawa ia masuk ke dalam bilik di mana Suhaila sedang tidur bersama anak kecilnya. Suhaila yang pada mulanya menyangka Aidil yang membelainya amat terkejut melihat orang asing yang tidak ia kenali meratah tubuhnya. Maka berlakulah pergelutan hingga menyebabkan kandungan Suhaila gugur.

Aidil semakin tertekan apabila Ah Seng semakin mendesak dirinya. Tanpa berfikiran panjang, Aidil lantas bersetuju menjual Suhaila kepada Ah Seng sebagai melangsaikan hutang piutangnya. Suhaila menjadi semakin derita dan juga menjadi mangsa suaminya yang tidak berperi kemanusiaan. Suhaila dibawa disebuah rumah pelacuran. Di sini bermulalah kehidupannya menjadi seorang pelacur.

Setelah menjual isterinya, kereta yang dipandunya terbabas dan menyebabkan Aidil luka parah. Semenjak dari itu, Aidil telah hilang ingatan. Sewaktu dirawat di sebuah hospital, ia telah bertemu dengan Jana seorang Doktor yang merawatnya. Perkenalan ia dengan Jana telah membawa ke alam percintaan.

Aidil yang tidak mengingati apa yang pernah berlaku dalam pada dirinya berubah menjadi seorang yang berlainan. Ia menjadi baik dan amat penyayang. Jana banyak membantu Aidil membina hidup baru dan akhirnya mereka berkahwin.

Suhaila yang tidak dapat lari dari sarang pelacuran terus menjadi mangsa. Namun tidak ada apa yang boleh dilakukan selain dari pasrah dengan nasib dirinya.

Hanifah membesar dengan sempurna dan mendapat kasih sayang sejati dari kedua ayahdan ibu angkatnya. Namun dalam proses pembesaran ia tidak pernah tahu bahawa dirinya adalah anak angkat. Hanifah berjaya dalam pelajaran dan menuntut di salah sebuah universiti tempatan dalam bidang sains sosial.

Manakala perkahwinan Aidil dan Jana telah melahirkan Julia seorang gadis jelita dan menjawat sebagai seorang wartawan di sebuah akhbar tabloid.

Pada suatu hari Hanifah sedang membuat tesis tahun akhirnya dan mengambil kes studi bertajuk rumah pelacuran- impak kepada masalah sosial.

Untuk melengkapkan tesisnya ia mencari beberapa pelacur untuk mendapat maklumat. Dari satu sarang pelacuran ke sarang pelacuran yang lain ia membuat kajian dan akhirnya ia sampai ke tempat di mana Suhaila berada. Kerana mengesyaki kehadiran Hanifah ke pusat pelacuran, Hanifah telah dipukul hingga pengsan. Suhaila yang menjumpai Hanifah lantas membawa Hanifah ke biliknya untuk dirawat.

Semanjak dari itu mereka sering bertemu dan Suhaila merasa ada sesuatu kelainan apabila ia bertemu Hanifah. Rasa rindunya pada Hanifah seperti seorang ibu merindukan anaknya.

Hanifah cuba melawan nafsunya berdepan debfab seorang bernama ‘pelacur’. Namun ia gagal juga. Hanifah cuba berlaku sumbang kepada Suhaila. Suhaila yang menganggap Hanifah seperti anaknya lantas memarahi dan menghalau Hanifah dari situ. Semenjak dari itu Hanifah tidak muncul-muncul lagi.

Suhaila diselubungi rasa kesal kerana ia merasakan kasih sayangnya pada Hanifah amat berbeza sekali.

Julia mencari Suhaila di sarang pelacuran. Ia mengenalkan dirinya kepada Suhaila namun tidak dilayan sehinggalah Julia menyebut nama Hanifah. Julia menceritakan penderitaan Hanifah, Suhaila menjadi tergamam. Suhaila kebingungan dan mulai membuat andaian.

Dua (2) tahun selepas kehilangan Hanifah, ia didatangi oleh rakan Hanifah dan menyampaikan pesan kepadanya menyatakan yang Hanifah kini terlantar mengidap penyakit kronik. Suhaila kemudian menemui Hanifah di hospital dan terlihat sepasang suami isteri yang sedang meratapi penderitaan Hanifah. Barulah Suhaila sedar bahawa kedua suami isteri itu adalah ayah dan ibu angkat Suhaila dan Hanifah adalah anaknya sendiri.

Kini sesal dan kesal menyelubungi dirinya. Anak kandungnya bakal mati kerana dia. Suhaila menjadi kurang sioman. Ia hanya berkurung di biliknya dan mulai tidak mahu menjamah makanan. Haya seorang sahaja yang ia benarkan masuk iaitu, Julia.

Suhaila meminta Julia membuat artikal dan mencari di mana suaminya, Aidil. Julia mulai mengarang penderitaan Suhaila dari kisah lampaunya. Segala kerja di buat dalam bilik rumahnya.

Pada suatu malam, Aidil masuk kebilik Julia dan dengan tidak sengaja ia terbaca artikal yang Julia karang di atas mejanya. Secara tiba-tiba ingatannya kembali dan segala kisah silamnya semakin jelas difikiran.

Tanpa pengetahuan isteri dan anknya, Aidil bertemu dengan Shaila yang sudah masuk hari ketiga tidak makan dan minum. Aidl cuba memberanikan dirinya mengadap keadilan dan meminta agar Suhaila memaafkan dirinya.

Aidil menemui Suhaila dan pada saat yang sama Hanifah menghembuskan nafs terakhir. Berita kematian Hanifah telah membawa Julia mencari Suhaila semula untuk menyampaikan berita tersebut. Julai tergamam melihat ayahnya berada di situ. Dalam keadaan sedih, geram dan kesakitan, Suhaila menceritakan bahawa yang telah mati tersbut adalah anak mereka. Aidil semakin diselubungi sesal dan kesal.

Aidil melutut meminta kemaafan sembil meminta Suhaila meminum secawan susu, namun Suhaila menyambut susu tersebut dan menggenggam gelas sehingga pecah. Suhaila kemudian menikam tubuh Aidil dengan sepihan kaca. Tidak lama kemudian Suhaila mulai sesak nafas dan rebah. Julia menjerit dan tergamam melihat satu tragedi berdarah tersebut.



Tamat

Thursday, January 1, 2009

ANAK PENARIK BECA


Novel Anak Penarik Beca karya Martias Mohd Ali merupakan sebuah adaptasi dari drama telemovie berjudul Anak Penarik Beca yang telah memenangi Anugerah Skrip Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2005. Selain dari itu drama ini juga telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan juga Penata Cahaya Terbaik di anugerah yang sama.

Di atas pemintaan dari pada peminat-peminat drama dan sastera melayu, skrip ini akhirnya telah di adaptasikan menjadi sebuah novel dan akan dilancarkapn pada bulan April 2007.
Novel Anak Penarik Beca merupakan sebuah adaptasi dari drama telemovie berjudul Anak Penarik Beca yang telah memenangi Anugerah Skrip Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2005. Selain dari itu drama ini juga telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Lelaki

Terbaik dan juga Penata Cahaya Terbaik di anugerah yang sama.
Di atas pemintaan dari pada peminat-peminat drama dan sastera melayu, skrip ini akhirnya telah di adaptasikan menjadi sebuah novel.

Karya asal & Hakcipta
Martias Mohd Ali
yazz_mohd@yahoo।com

ISBN
978-983-43346-0-4

Sekalung Budi

Segalanya tidak pernah dirancang dan diduga. Tidak pernah saya impikan di suatu hari nanti saya bakal menjadi seorang penulis. Semuanya kerana doa dari insan-insan tersayang dan juga sahabat seperjuangan maka terhasil juga akhirnya novel pertama ini berjudul Anak Penarik Beca. Penglibatan saya selama lebih 15 tahun di dalam menghasilkan skrip drama TV dan Filem tidak pernah mengimpikan apa-apa selain dari mencari nafkah yang halal untuk anak dan isteri.

Namun ini semua adalah rahmat dari yang Maha Esa. Skrip drama Anak Penarik Beca telah berjaya memenangi anugerah skrip terbaik di dalam Festival Anugerah Seri Angkasa 2006. Bukan itu sahaja, melalui skrip ini juga telah mengangkat pelakon veteran Wan Hanafi Su menjadi pelakon terbaik termasuk juga Pelakon Pembantu terbaik dan Penataan Cahaya Terbaik di dalam festival yang sama.

Drama Anak Penarik Beca yang disiarkan di RTM 1, merupakan sebuah kisah yang jarang-jarang cuba diketengahkan oleh mana-mana penulis. Kemerdekaan negara yang berusia 50 tahun kini bukan sahaja lahir dari kisah perjuangan pemimpin, barisan tentera mahupun ahli politik tetapi juga dari insan-insan kerdil seperti Idris Beca seorang penarik beca tua di Negeri Melaka.

Justeru itu saya abadikan novel ini untuk seluruh insan-insan kerdil yang telah berjuang menegakkan kemerdekaan dengan cara mereka sendiri. Mereka yang melihat dengan mata kepala mereka, mereka yang merasa pahit dan getir ditindas dan mereka juga yang sebenarnya mengenal erti kemerdekaan sejati.

Buat isteri tercinta, Adza Irdawati Adenan, putera puteri ku Adza Danial Haiqal, Adza Danina Kirana, Adza Kasih Safea dan juga Adza Isabella, terima kasih kerana sentiasa menjadi sumber inspirasi pada setiap karya-karya yang papa hasilkan selama ini.

Kepada sahabat-sahabat ku, Misnin, Jurey Latif, Azharuddin, dan ramai lagi terima kasih kerana menjadi penyokong setia sahabat mu yang kerdil ini.


Martias Mohd Ali
Penulis


Martias Mohd Ali dilahirkan pada 1968 dan telah bergiat di dalam bidang penulisan skrip drama TV dan filem semenjak 1990. Pernah memegang jawatan sebagai Senoir Writer di Astro Ria. Beliau juga merupakan salah seorang dari panel skrip penilai FINAS.

Di antara judul drama pernah mendapat tempat di hati peminat adalah seperti drama Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan, Zaharul VS Zarina, Drama bersiri Idris Beca, Sitkom Suasana, Air Mata Papa, Aidilfitri Dibulan Syaban, Manaf Astro, Nek Nak, Fobia, Merdeka Ajit Merdeka Ajis, Merahnya Biru, Buku Lama Diari Baru dan banyak lagi.

Dramanya yang berjudul Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan juga berjaya memenangi Anugerah drama Terbaik Anugerah Seri Angkasa dan juga calon finalist di anugerah Skrin TV3.

Beliau juga pernah terpilih mewakili Malaysia di dalam Screenwriting Expo 5 bertempat di Hollywood Los Angeles CA pada 18hb -24hb Oct 2006.

Friday, April 20, 2007

Pelakon

Mel, memegang watak Hasnah sewaktu muda.

Mama Kamaliah sebagai Hasnah

Mohd Anis Kamal (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik)
sebagai Husin dan juga Idris beca sewaktu muda.

Kamal Bakar seoang pelakon berbakat dari Melaka yang juga ayah kepada Mohd Anis Kamal.

Watak Tuan Herwitt yang bersahaja.

Zuhairi Ibrahim

Zuhairi Ibrahim dalam aksinya.

Beliau juga seorang pemuzik, penari, penyanyi & penggiat teater.


Muzik latar di dalam Drama Anak Penarik Beca adalah dari tiupan seruling Zuhairi sendiri.